Sumber Maklumat Dunia

Saturday, January 17, 2015

Makanan percuma untuk wanita CANTIK!!

Seorang pelanggan wanita menggunakan mesin pengimbas muka untuk mencuba nasib mendapatkan hidangan percuma di Restoran Jeju Island, baru-baru ini. – AGENSI

BEIJING 16 Jan. – Sebuah restoran di China menampilkan cara tersendiri untuk menarik pelanggan apabila menawarkan hidangan percuma kepada lima pelanggan wanita yang mempunyai paras rupa yang cantik pada setiap hari.

Terletak di bandar Zhengzhou, wilayah Henan, restoran yang diberi nama Jeju Island meletakkan papan tanda berbunyi ‘Makanan Percuma untuk Wanita Cantik’ sebagai promosi menggalakkan orang ramai berkunjung ke restoran tersebut.

Menurut portal Oddity Central, setiap pelanggan wanita yang mahu mendapatkan makanan percuma perlu menangkap gambar mereka melalui satu imbasan muka yang diletakkan di kaunter khas sebelum diberikan markah oleh satu panel pakar pembedahan plastik...

Kesemua panel kemudiannya akan menilai wajah calon pelanggan wanita yang berpotensi berdasarkan kualiti muka, mata, hidung dan mulut mereka.

Selepas penilaian dibuat dalam tempoh 30 minit, lima pelanggan wanita yang mendapat markah tertinggi akan ditawarkan satu hidangan percuma dan nama mereka dipaparkan pada skrin khas yang dipasang di tingkat dua restoran tersebut...

Promosi yang dilancarkan oleh restoran itu, bagaimanapun mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai yang melihat pemilik premis seolah-olah cuba mengadakan pertandingan kecantikan bagi memberi makanan percuma..

“Adakah wanita yang bermuka hodoh perlu membayar dua kali ganda kos makanan,” gurau seorang pengguna laman sosial Weibo yang tidak mahu dikenali.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Zhengzhou memandang serius taktik restoran berkenaan untuk menarik pelanggan apabila pemiliknya didakwa mencemarkan imej bandar terbabit dan mengarahkan papan tanda itu diturunkan.- Sumber

0 comments :

Post a Comment