Sumber Maklumat Dunia

Sunday, January 18, 2015

Kasut Michael Jordan Dijual Dengan Harga Rm115,742


Kasut Converse yang pernah dipakai oleh Michael Jordan semasa bermain untuk Universiti Carolina Utara.

NEW YORK – Sepasang kasut yang digunakan oleh Michael Jordan sewaktu dia bermain bola keranjang di Universiti Carolina Utara (UNC) telah dijual pada harga AS$33,387 dolar (RM115,742) semalam, menurut media Amerika Syarikat...

Syarikat lelong Grey Flannel Auctions, yang menjual kasut itu, memberitahu ESPN mereka telah menerima kasut itu daripada seorang bekas rakan sepasukan Jordan di sekolah tinggi manakala pemenang bidaan itu enggan dikenali...

Jordan, yang kemudian bekerjasama dengan Nike menerusi penciptaan jenama ‘Air Jordan’, memakai Converse ketika di UNC kerana syarikat itu mempunyai kontrak dengan jurulatih Dean Smith...

Grey Flannel Auctions berkata, Jordan memakai kasut itu pada tahun pertamanya iaitu pada 1981-82. Ketika itu Carolina Utara memenangi gelaran NCAA (Persatuan Sukan Kolej Kebangsaan), mengalahkan Georgetown dalam perlawanan yang menyaksikan Jordan membuat banyak jaringan.

Pada Disember lalu, kasut yang dipakai Jordan dalam perlawanan pertunjukan ‘flu game’ untuk mengenang perlawanan pusingan akhir NBA 1997 telah dijual dengan harga AS$104,765 dolar (RM363,188) dalam satu lelongan...

Perlawanan itu, yang kelima dalam siri kejohanan antara Chicago dan Utara pada 1997, telah menjadi sebahagian daripada legenda Jordan.

Dia menjaringkan 38 mata, walaupun sebelumnya hampir terlepas perlawanan itu kerana di*serang selesema pada awal paginya. – AFP

0 comments :

Post a Comment