Sumber Maklumat Dunia

Sunday, January 18, 2015

Kasut Michael Jordan Dijual Dengan Harga Rm115,742


Kasut Converse yang pernah dipakai oleh Michael Jordan semasa bermain untuk Universiti Carolina Utara.

NEW YORK – Sepasang kasut yang digunakan oleh Michael Jordan sewaktu dia bermain bola keranjang di Universiti Carolina Utara (UNC) telah dijual pada harga AS$33,387 dolar (RM115,742) semalam, menurut media Amerika Syarikat...

Syarikat lelong Grey Flannel Auctions, yang menjual kasut itu, memberitahu ESPN mereka telah menerima kasut itu daripada seorang bekas rakan sepasukan Jordan di sekolah tinggi manakala pemenang bidaan itu enggan dikenali...

Jordan, yang kemudian bekerjasama dengan Nike menerusi penciptaan jenama ‘Air Jordan’, memakai Converse ketika di UNC kerana syarikat itu mempunyai kontrak dengan jurulatih Dean Smith...

Grey Flannel Auctions berkata, Jordan memakai kasut itu pada tahun pertamanya iaitu pada 1981-82. Ketika itu Carolina Utara memenangi gelaran NCAA (Persatuan Sukan Kolej Kebangsaan), mengalahkan Georgetown dalam perlawanan yang menyaksikan Jordan membuat banyak jaringan.

Pada Disember lalu, kasut yang dipakai Jordan dalam perlawanan pertunjukan ‘flu game’ untuk mengenang perlawanan pusingan akhir NBA 1997 telah dijual dengan harga AS$104,765 dolar (RM363,188) dalam satu lelongan...

Perlawanan itu, yang kelima dalam siri kejohanan antara Chicago dan Utara pada 1997, telah menjadi sebahagian daripada legenda Jordan.

Dia menjaringkan 38 mata, walaupun sebelumnya hampir terlepas perlawanan itu kerana di*serang selesema pada awal paginya. – AFP

Wanita Mendayung Di Tengah Tasik Dengan Sesuatu yang Tak Masuk Akal... Apakah dia ????

WILSON mendayung sampan kertas ketika bersiar-siar di sebuah tasik di selatan London di Britain baru-baru ini...

LONDON – Sepasukan jurutera di Britain mencipta sebuah sampan diperbuat daripada kertas yang boleh dinaiki oleh seorang manusia selama dua jam...

Sampan seberat sekitar 100 kilogram itu dihasilkan daripada segulung kertas khas sepanjang 93 meter yang dicantumkan dengan menggunakan 10 liter gam dan 150 meter pita pelekat.

Sampan berkenaan kemudiannya digunakan untuk bersiar-siar di sebuah tasik di selatan bandar raya ini. Sampan unik itu terapung selama dua jam sebelum tenggelam.

Seorang jurutera, Morwenna Wilson berkata, dia dan rakan-rakannya menggunakan kertas yang lebih kuat dan lebih kalis air untuk memastikan sampan itu mampu kekal lama dalam air.

“Kami membina sampan ini kerana mahu menarik minat kanak-kanak mengenai sains dan memberi inspirasi kepada mereka,” katanya.

Ujarnya, sampan itu juga merupakan salah satu promosi untuk acara tahunan Bing Bang Fair yang mempromosi kerjaya dalam bidang sains, teknologi dan matematik. – Agensi

Saturday, January 17, 2015

Kisah adik beradik pekerja KFC bergaduh di depan pelanggan....(VIDEO)


Baru-baru ni kecoh tentang kes pergaduhan pekerja restoran makanan segera KFC di Jalan Raja Laut. Pergaduhan itu bermula daripada pekerja KFC sendiri yang juga adik-beradik...

Video berdurasi 36 saat yang dirakamkan oleh salah seorang pelanggan yang berada didalam restoran ketika kejadian telah menjadi viral di media sosial.

Video:


Berikutan isu itu, pihak KFC telah mengeluarkan permohonan maaf diatas kejadian yang berlaku.

Pendek kata budak-budak ni memang tak tahu malu. Minta kerja terhegeh-hegeh dengan KFC kemudian buat tahi tak pasal-pasal menjatuhkan imej organisasi lain. Ada ke patut bantai gaduh adik-beradik dekat tempat kerja depan-depan pelanggan macam ni. Ini amat melalukan dan diharap ianya tidak akan berulang lagi di masa depan...

Sumber : Oh Media

Makanan percuma untuk wanita CANTIK!!

Seorang pelanggan wanita menggunakan mesin pengimbas muka untuk mencuba nasib mendapatkan hidangan percuma di Restoran Jeju Island, baru-baru ini. – AGENSI

BEIJING 16 Jan. – Sebuah restoran di China menampilkan cara tersendiri untuk menarik pelanggan apabila menawarkan hidangan percuma kepada lima pelanggan wanita yang mempunyai paras rupa yang cantik pada setiap hari.

Terletak di bandar Zhengzhou, wilayah Henan, restoran yang diberi nama Jeju Island meletakkan papan tanda berbunyi ‘Makanan Percuma untuk Wanita Cantik’ sebagai promosi menggalakkan orang ramai berkunjung ke restoran tersebut.

Menurut portal Oddity Central, setiap pelanggan wanita yang mahu mendapatkan makanan percuma perlu menangkap gambar mereka melalui satu imbasan muka yang diletakkan di kaunter khas sebelum diberikan markah oleh satu panel pakar pembedahan plastik...

Kesemua panel kemudiannya akan menilai wajah calon pelanggan wanita yang berpotensi berdasarkan kualiti muka, mata, hidung dan mulut mereka.

Selepas penilaian dibuat dalam tempoh 30 minit, lima pelanggan wanita yang mendapat markah tertinggi akan ditawarkan satu hidangan percuma dan nama mereka dipaparkan pada skrin khas yang dipasang di tingkat dua restoran tersebut...

Promosi yang dilancarkan oleh restoran itu, bagaimanapun mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai yang melihat pemilik premis seolah-olah cuba mengadakan pertandingan kecantikan bagi memberi makanan percuma..

“Adakah wanita yang bermuka hodoh perlu membayar dua kali ganda kos makanan,” gurau seorang pengguna laman sosial Weibo yang tidak mahu dikenali.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Zhengzhou memandang serius taktik restoran berkenaan untuk menarik pelanggan apabila pemiliknya didakwa mencemarkan imej bandar terbabit dan mengarahkan papan tanda itu diturunkan.- Sumber

9 Kisah Artis TERLAJAK PANAS Sepanjang 2014


Suku pertama tahun 2014 telah menyaksikan pelbagai insiden wujud di kalangan artis tempatan . Berikut merupakan beberapa kisah yang menjadi perbualan ramai sepanjang tiga bulan ini yang dipetik dari sumber GUA :-


Hanez Suraya dikecam hebat oleh para peminat apabila kekasihnya berstatus suami orang. Bagai jatuh ditimpa tangga, timbul pula ura-ura yang mengatakan kontrak Hanez dengan produk AuraWhite pula dibatalkan


Berita kehilangan pesawat MH370 turut memberi impak kepada banyak pihak termasuklah artis tempatan yang melahirkan rasa simpati mereka. Selain berkongsi kata-kata semangat di laman sosial masing-masing, ada juga selebriti yang turut melakukan solat hajat untuk mendoakan terbaik bagi pesawat tersebut.


Dalam pada kita bersedih dengan kehilangan pesawat MH370, negara digemparkan pula dengan kematian 6 orang remaja disyaki akibat penyalahgunaan dadah ketika berlangsungnya Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang bertempat di Stadium Bukit Jalil. Disebabkan insiden tersebut, hari ke-3 konsert tersebut telah dibatalkan yang melibatkan persembahan kemuncak artis-artis ternama seperti Yuna dan Pharrell Williams.


Teka-teki pergolakan rumahtangga Erra Fazira hanya terungkai apabila akstres jelita itu sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Februari lalu selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga.


Pelakon, Fasha Sandha telah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pelakon Dazrin Kamaruddin gara-gara masalah tidak disiplin yang ditimbulkan Dazrin ketika di set drama Miranda. Dazrin mengakui kesalahannya dan telah meminta maaf kepada seluruh warga produksi tersebut.


Kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati mendapat perhatian ramai apabila Sharnaaz dikatakan menengking ibu hamil tersebut. Kontroversi ini menjadi semakin panas apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi campur tangan.


Majlis resepsi pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal telah berlangsung secara gilang gemilang serta dihadiri oleh artis-artis ternama tanahair. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi kacak dari Indonesia iaitu Afgan.


Pendatang baru, Eina Azman sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia dikatakan lagi dari lokasi penggambaran Kuntilanak Ciliwung. Ini dikatakan berpunca daripada tidak wujudnya kontrak serta Eina disuruh melakonkan aksi ranjang. Eina yang melantik Usop Wilcha sebagai wakilnya bakal mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan hal terbabit.


Kanvas seni Zizan Razak dan Emma Maembong tidak pernah sepi kontroversi setelah timbul gosip mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta. Selepas didakwa berkucupan ketika menaiki pesawat bersama, keadaan menjadi panas apabila mereka dikatakan berkesedudukan. Namun baik Zizan mahupun Emma menafikan dakwaan tidak berasas tersebut.

p/s: kisah/insiden ini sepanjang suku pertama 2014.

Sumber: http://sensasimalaysia.com

Kucing Ini Jatuh Dari Tingkat 3 Bangunan Dan Apa terjadi Selepas itu


Orang kata, Kucing ada 9 nyawa. Tapi baru-baru ni kucing admin baru mati atas kesilapan dan kecuaian beliau sendiri. Mungkin dah sampai ajalnya. Izinkan kami berkongsi sedikit gambar sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan untuk kali terakhirnya. Oh ya, namanya Hyperbella (Bella) berusia lebih kurang 6 bulan ketika mati. Seekor kucing jalanan yang kami ambil sejak kecil dan sejak itu dia memang hyper-aktif tak pernah langsung duduk diam. Memang selama ni tak pernah kami jumpa kucing lain seaktif Bella...

Bella, beberapa minggu sebelum mati.
Hanya Allah yang tahu betapa besarnya rasa kehilangan apabila Bella sudah tiada lagi. Tiada lagi yang sambut kami setiap kali pintu dibuka. Tiada lagi yang meneman kami ketika buat kerja (jadi pemerhati terbaik). Tiada lagi gelak-tawa melihat kenakalan dia. Kini yang tinggal hanya 1001 kenangan bersama dan juga sofa yang berlubang-lubang dikerjakan Bella ni tapi sikit kami tak kisah...

Apapun bila menonton video di bawah ini, rasa teruja bila melihat bagaimana kucing yang jatuh dari tingkat 3 dapat mendarat dengan penuh cemerlang. Hurm, sudahlah warnanya seakan-akan Bella :( Kucing tersebut jelas memang hebat menggunapakai kelebihan mengapungkan diri dan membuat pendaratan dengan cantik sekali. Tapi apa yang lagi hebat adalah betapa tingginya level kebebalan si perakam video ini apabila hanya berdiri dan merakamkan video hingga kucing tersebut jatuh.

Tahniah kepada kucing tersebut kerana berjaya 'survive' kejatuhan dari tingkat 3 tersebut. Memang teruja melihat bagaimana bijaknya kucing mengawal badan mereka untuk mendarat dengan baik dari ketinggian tersebut.





Sumber : Oh Media

Tukar Suami Suka Sama Suka


Kuala Lumpur: "Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri. Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman 'jahiliah' lebih lima tahun lalu.


"Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan," kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan.

Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi.

Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.

"Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasra mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah.

"Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil," katanya.