Kamal Adli tidak mahu dikaitkan dengan hal Emma Maembong dan Zizan Razak. Menerusi laporan Astro Gempak, pelakon Kamal Adli menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan yang mengatakan dia adalah punca berakhirnya hubungan cinta antara aktress Emma Maembong dan Zizan Razak.
“Sungguh! Saya tidak mempunyai sebarang ikatan cinta dengan Emma dan saya tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut.
"Mengapa nak tuduh saya sebagai orang ketiga sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada mereka.
“Tentang hubungan mereka, saya tidak boleh beri komen kerana saya tidak terlibat dan saya percaya mereka mempunyai alasan yang tersendiri.
“Jadi tolong jangan kaitkan nama saya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan Emma dan Zizan,” tegasnya.
Tambah Kamal lagi, buat masa ini dia tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dan lebih fokus terhadap kerjaya.
“Sudah-sudahlah, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan sesiapa dan apa yang penting bagi saya untuk tahun ini ialah fokus terhadap kerjaya saya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Astro Gempak.
Kamal Adli turut ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan dia pernah menghantar pelakon cantik itu ke lapangan terbang namun dia tetap menafikan dakwaan tesebut. Katanya, "Demi Tuhan, saya tidak pernah menghantar dia ke 'airport' seperti mana dakwaan tersebut.
“Jangan membuat andaian sewenang-wenangnya tanpa sebarang bukti kerana itu akan lebih memburukkan keadaan.” katanya mengakhiri perbualan.
Sumber : http://www.era.fm/
0 comments :
Post a Comment