Sumber Maklumat Dunia

Saturday, January 10, 2015

Emma Maembong Nafi Putus bukan Pasal Kereta


KUALA LUMPUR - Fatimah Rohani Ismail atau Emma Maembong hari ini menafikan hajat pelawak, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi sebagai punca percintaan mereka putus...

Melalui akaun Twitternya, Emma menafikannya dengan berkata: “Pasal kereta? Saya tidak sebodoh itu la. Kenapa tidak berani cerita perkara sebenarnya?.

Twit Emma itu dianggap agak kebudak-budakan bagi pengguna laman sosial yang berpendapat permasalahan antara mereka tidak perlu diberitahu dalam media sosial malah perlu diselesaikan antara mereka sahaja...

@Saf_one berkata, isu di antara mereka perlu diselesaikan antara mereka dan sikap yang ditonjolkan oleh Emma Maembong ini sangat ‘childish’...

@Ramona_Rr pula berpendapat Zizan lebih jauh matang daripada Emma kerana pelawak itu tidak membuka aib Emma meskipun mereka sudah putus...



Bagi @Hanis_Samsuddin pula, memang patut Zizan dengan Emma putus kerana perangai Emma itu seperti budak tidak sekolah..

“Memang patutpun mereka putus, Zizan layak dapat perempuan lebih baik daripada Emma yang perangai seperti budak tidak sekolah. Opss, memang dia tak sekolahpun sebab itu eja ‘sebenar’ pun jadi ‘seberna’,” katanya..

Semalam, Zizan memberitahu media bahawa hasratnya untuk membeli kereta mewah menjadi penyebab percintaannya dengan Emma putus...

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir...

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam...


Sumber : http://www.kualalumpurpost.net/

0 comments :

Post a Comment