Sumber Maklumat Dunia

Monday, January 12, 2015

2 janin kembar ditemui terapung di laut


SANDAKAN: Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini, Isnin..

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara satu sama lain..

Beliau berkata, janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5, manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian..

Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent...

Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222...


Sumber : http://www.mstar.com.my

0 comments :

Post a Comment