Sumber Maklumat Dunia

Sunday, January 11, 2015

Cerai Dan Tinggal Anak Kerana Game Online



Peminat K-Pop taksub satu hal, yang ni pula peminat game yang terlalu taksub dengan game sampai abai isteri dan anak2 yang bagi aku lebih anjing dari kes K-Pop baru2 ini, sebab kalau peluk artis K-Pop, habis setakat tu sahaja, tapi yang ni kesannya melibatkan emosi dan perasaan orang lain yang akan berpanjangan sampai bertahun2. Ada ke patut main game online Clash of Clan tu lebih best dari main dengan bini, malah sanggup bercerai dan tinggal anak semata2 kerana game? Jadah haram apa? Kes ni bukan setakat pada lelaki sahaja, tapi ada jugak isteri yang ketagih main game Candy Crush sampai abai suami. Apa dah nak jadi dengan dunia hari ini?

Sumber Harian Metro.

Aku pun minat main game jugak tapi takde la sampai ketagih. Malah sekarang pun aku dah kurang bermain game atas pelbagai komitmen. Aku hanya main game kalau ada masa terluang, itupun bukan game online, game yang hardcore, yang memerlukan masa berjam2 dan berhari2 untuk dihabiskan. Zaman aku untuk bermain game lama2 dah tamat. Sekarang ada banyak benda lain yang lebih penting yang aku perlu fikir dan lakukan.

Tak salah kalau lelaki nak jadi hardcore gamer, nak main game lama2, nak komited kepada game semata2, nak ketagih main game macam hisap candu, tapi jangan berkahwin dan buat anak, sebab korang hanya akan menyeksa perasaan mereka.



Kes ini bukan satu dua, tapi dah banyak sangat masuk berita pasangan rumahtangga bermasalah sampai kena kaunseling dan bercerai berai kerana pasangan ketagih dengan game terutama game mobile kat smartphone atau tablet. Sebab tu aku pernah tulis dulu "Anime dan Game ni hobi dan minat yang berbahaya bagi kaum lelaki" sebab ia boleh memberi kesan buruk kepada pasangannya kalau dah tak boleh kawal. Nak main tu boleh, tapi berpada2 lah.

Jagalah isteri dan anak2, game tu tak bawa ke mana pun. Sekurang2nya isteri dan anak boleh doakan kita bila kita sudah tiada nanti, tapi game tu kalau dah level 1000 pun masuk kubur bukan boleh membantu apa2 pun waktu kena soal dengan malaikat Munkar Nakir.

Sumber : http://buasirotak.blogspot.com/

0 comments :

Post a Comment